Wednesday 20 April 2011

Episod 4 : Blog, Blogger & Blogwalking (>_<)~

Kalaulah saya ada blog…
ADA BLOG?

        Duduk di ruang tamu rumah, menghadap laptop & banjaran Titiwangsa mula menjadi rutin seharian pada waktu cuti ini (Bosannya!~huu). Al-maklumlah, kalau duduk berseorangan di rumah selama tiga minggu dan
tak berbicara dengan insan yang bergelar manusia, boleh sawan minda. Jadi, hari ini saya khususkan untuk aktiviti berjalan-jalan dari blog ke blog ataupun ‘blogwalking’.
        Ini adalah pengalaman pertama saya merantau sambil merentasi minda para blogger. Macam-macam idea, macam-macam ragam dan macam-macam personaliti yang ditunjukkan oleh mereka. Ada blogger yang peramah, ada yang pemarah, ada yang suka berkongsi ilmu, ada yang suka melukis (macam saya), ada yang serabut dan macam-macam lagi. 
      Bukanlah niat saya untuk melabel mereka begitu. Serius, saya tidak kenal mereka dan begitu juga sebaliknya. Akan tetapi, sebenarnya semua ini boleh ditunjukkan daripada wajah blog yang mereka hasilkan, cara mereka berbicara, cara mereka berkomunikasi dan sebagainya. Nak jadi seorang blogger yang baik memang susah. Nak jadi blogger yang cemerlang ? Payah. Akan tetapi, semuanya tak mustahil. 
Dalam bloging, perlu jaga tutur bicara.


       Berblog ni ibarat berkomunikasi secara langsung dengan manusia. Perlu ada tatatertibnya. Perlu jaga adabnya. Memanglah ada orang kata ‘My blog, my rules’ (yang seakan-akan membenarkan tuan punya blog berbicara/memaki/menyumpah seranah tanpa batasan kerana itu adalah blog dia), akan tetapi, kalau anda nak jadi seorang blogger yang positif, anda perlu tunjukkan nilai-nilai yang positif.  InsyaAllah, saya juga akan berusaha untuk pamerkan nilai-nilai yang positif. Pernah dengar pepatah ni tak; “Orang yang pandai, belajar daripada kesilapan sendiri. Orang yang bijaksana, belajar dari kesilapan orang lain”. Nak jadi insan atau blogger yang bijaksana, belajarlah daripada kesilapan orang lain.
        Bercakap pasal belajar pula, hari ini, saya rasakan diri saya banyak belajar daripada orang lain. Terima kasih rakan-rakan blogger sekalian. Sebagai seorang yang baharu lagi dalam bidang ni, saya merasa tertarik dengan sebuah blog kepunyaan En. Izamir Ridzuan. Blog beliau banyak mengemukakan tips-tips untuk para blogger baru (macam saya ni).
        Salah satu entri yang paling saya suka adalah “Punca Kenapa Blog Anda Tiada Pelawat”. Daripada blog ini, saya telah mendapat beberapa perkara yang tidak seharusnya berlaku jikalau memasang niat untuk menjadi blogger cemerlang. Punca-punca tersebut adalah;

1.      Tidak/ Jarang memperbaharui entri.
2.     Terlalu banyak graphic & widget.
3.      Syok sendiri atau bahasa saintifiknya ‘narcissism’.
4.      Gaya penulisan yang tidak teratur.
5.      Terlalu banyak iklan.
6.      Entri tiada sentuhan peribadi.
7.     Selalu copy & paste.
8.     Tidak mesra pengguna.
9.     Latar & penggunaan warna yang tidak sesuai
10.    Tidak mesra SEO

        Terima kasih atas info tersebut. Saya akan sedaya upaya mengelakkan diri daripada perkara-perkara tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tips-tips tersebut, di bawah adalah link beliau. Chao!

0 comments:

Post a Comment

Click Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...