Kalaulah saya ada blog…
Saya ingin bercerita tentang lukisan. Saya seorang yang suka melukis. Sangat-sangat suka melukis. Walaupun lukisan buruk, saya lukis je apa yang saya nak. Di mana-mana saja yang saya nak (Kalau ilham tu
tiba-tiba datang). Yang melihat biasanya tersenyum (mungkin kerana lukisan tu tak cantik).
Ada yang bertanya; “Awak ni kos seni ke?”. Saya jawab, “Eh, bukanlah. Kos Geografi”. Mungkin mereka berasa pelik melihat saya ke hulu ke hilir membawa drawing block A3. Hehe. Ada juga yang bertanya, “Kenapa tak ambik kos seni?”. Saya jawab, “Kalau saya ambik pun, belum tentu saya boleh lukis apa yang saya nak sepanjang masa”. Sungguh tak minat melukis sesuatu yang realiti seperti potret dan sebagainya.

Saya amat mudah terpengaruh dengan persekitaran. Ketika mula melukis (Tingkatan 1), lukisan saya semuanya macam Sailormoon. Tak lama lepas tu macam Cardcaptor Sakura pulak (Best giler Sakura). Digimon sudah semestinya. Tingkatan 1 – 3, saya hanya boleh melukis kepala sahaja.
Bila masuk tingkatan 4, barulah saya berjaya lukis seluruh badan (Yay!). Tapi lukisan masih lagi buruk sampai sekarang. Waktu tu, saya amat dipengaruhi oleh Kaoru (Gempak). Hampir semua pelukis muda yang masih menuntut di sekolah dipengaruhi oleh beliau.
Menjejak ke universiti, barulah saya faham apa itu ‘originality’ atau keaslian. Ramai sebenarnya anak muda yang lebih berbakat dan lebih asli stroke lukisannya tapi tidak punya nama seperti Kaoru dan pelukis-pelukis lain.
Nak cari ‘originality’ dalam lukisan, memang susah. Tapi kena paksa diri juga kerana ia melambangkan identiti kita. Sampai sekarang, masih lagi tercari-cari. Huu..

Tapi rileklah. Melukis kerana ilham yang datang secara tiba-tiba adalah lebih baik daripada memaksa diri melukis sepanjang masa. Chao!
like this a lot!! beza start dlu melukis dragon ball (bkn sailormoon) hehe.. dan suke sgt anime cardcaptor sakura dan digimon!! yeah!! jmpe geng :D
ReplyDeleteHai~hehe. betul kan! sangat-sangat terpengaruh dengan anime2 tu^^
ReplyDeletehehe biase inking dan kaler gne software ape?
ReplyDeleteInking gune pen je..manual,,kaler digital,guna GIMP..awak?
ReplyDeletesaya inking digital gune manga studio. lemah menggunakan pen (jadi x kemas) hehe
ReplyDeletekalar guna photoshop :D
Oo..nice artwork. Keep it up!^^
ReplyDeletejeleznya tengok orang yang pandai melukis....saya tak reti melukis...
ReplyDeleteNew Entry: [Week1] RM100 percuma