Friday, 22 April 2011

Episod 6 : Alhamdulillah~ Ada Teman & Sahabat (^_^)b

Kalaulah saya ada blog...
Saya Sayang Teman & Sahabat Saya.
Anda pula bagaimana?
        Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan saya segala-galanya. Tapi hari ni saya nak panjatkan kesyukuran saya kepada Illahi kerana telah
mengurniakan saya teman dan sahabat yang sejati. Yang telah mewarnai hari-hari saya sepanjang hidup ini. Saya hanya pernah mempunyai seorang teman sahaja (selain daripada Allah, Rasulullah & Ibu Bapa) sepanjang kehidupan saya menjelang dewasa ini. AWAK. Ya awak (^_^). Awak merupakan insan yang sangat-sangat istimewa bagi saya. Tiada penggantinya.  Terima kasih kerana menjadi seorang insan yang amat prihatin, bertimbang rasa, penyayang dan banyak lagi (perkara-perkara baik) yang telah awak berikan kepada diri ini. Terima kasih awak (^_^)~. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
        Berbicara tentang hal sahabat pula, sepanjang hidup ini, sahabat datang dan pergi. Kawan datang dan pergi. Kenalan datang dan pergi. Saidina Ali pernah berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu. "Ramai sahabat, kawan & kenalan yang pernah mencatat sejarah dalam lakaran hidup ini. Sekarang?
        Sekarang saya punya sahabat yang bersama-sama berjuang di menara gading. Aresa Liyana, Nur Shahira, Siti Mashadijah. Kenal sejak hari pertama menjejak di UPSI. Daripada berjiran, kepada rakan serumah. Daripada rakan serumah, kepada rakan sebilik. Daripada rakan sebilik menjadi…?(Haa~jangan fikir negatif.hehe). Kehadiran Fadilah, Nurdiyana Zafirah & Mahsuri (semenjak tahun kedua pengajian) mewarnai lagi hari-hari yang berlalu ini. 
          Tahun pengajian berbaki kurang daripada setahun lagi. Berpisahkah kami setelah selesai tahun 2011 ini? Adakah persahabatan kita ini akan dikenang semula seperti mana kita mengenang sahabat-sahabat kita yang lalu? Wallahualam. Hanya Allah yang tahu. Saya bersyukur punya sahabat-sahabat seperti anda semua. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Apapun, kami cuba hargai masa yang ada ni! \(^_^)/ Anda bila lagi? Dah ada sahabat sejati? Masih mencari?
        Di sini saya sertakan tips-tips bagaimana nak mengenali sahabat yang baik menurut Islam (Saya pun kena amalkan juga tips ni~)
Jika anda berbakti kepadanya, dia akan melindungimu;
Jika anda rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatanmu;
Jika anda memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu;
Jika anda menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
       
        Marilah kita sama-sama mencuba untuk menjadi seorang sahabat yang baik k! Tak rugi kalau kita buat baik kepada orang. Seronoknya ada teman & sahabat sejati!(^_^)v


3 comments:

Click Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...