Kalaulah saya ada blog…
Suka durian tak? Hari ni saya nak berbicara tentang durian dengan kawan-kawan semua. (Mesti korang bosan dengar cakap pasal seni, komik, lukisan dan sebagainya kan kan kan?) Kita beralih arah ke seni makanan pula (^_^) hehe.
Saya Suka Durian ! |
Sudah tiga minggu durian mendominasi pasaran buah-buahan di Tanjung Malim dan sekitar Perak ini. Tempat kawan-kawan dah tiba musim durian? Kalau belum, datanglah ke Perak ni (Musim durian dah nak habis baru nak jemput kawan-kawan semua ye..hee, gomenasai~).
Saya sangat suka buah durian, kalau jumpa buah tu, saya mampu habiskan 2-3 biji durian (Hang memang kuat makan~). Disebabkan saya sangat sukakan durian & buah ini jarang-jarang ada, jadi, saya telah mencari maklumat mengenai buah durian supaya saya tidak tersalah pilih semasa membelinya. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips dalam memilih durian.
Yang pertama, pilih durian yang berbentuk bulat. Janganlah pilih durian yang berbentuk segi tiga, bentuk ‘love’, bintang dan sebagainya. Durian yang berbentuk bulat, isinya adalah banyak & penuh. Rugilah kalau beli durian tapi isi tak banyak kan? (=_=)’
Yang kedua, pilih durian yang berduri besar/pendek & jarang. Orang kata, biasanya yang begini, duriannya dah masak (Ye ker?) Jangan pilih durian yang durinya panjang, runcing & rapat. Takkan la korang nak makan durian yang masih belum masak kan. Orang tua-tua kata, isinya dingin. Tak best.
Yang ketiga, lihat tangkai durian tersebut. Kalau cantik elok kerana dipotong, jangan ambil. Biasanya durian yang dipetik awal daripada pokok ni masak kerana diperam & rasanya tidak se’umpph’ durian yang jatuh kerana dah masak. Carilah tangkainya yang ada “natural touch” kata orang, yang menunjukkan ia jatuh secara semula jadi.
Yang keempat, hidu bau durian tu. Kalau wangi je, mesti sedap isinya. Nyam nyam(^o^)~
Yang kelima, kalau boleh, pilihlah durian yang tak merekah juringnya. Biasanya, kalau buah tu dah merekah, isi durian yang terdedah tu mesti rasa macam tempoyak dah. Masam.
Yang keenam, last but not least, kalau dah siap pilih & beli tu, tawakal je lah ye~ Kalau durian tak sedap, nak buat macam mana, takde rezeki. Esok lusa beli lagi. Kasi pakcik tu untung sikit (^_^)v hehe
Kesimpulannya, sokonglah buah-buahan tempatan. Yeah!
0 comments:
Post a Comment