Kalaulah saya ada blog…
Saya akan tulis pasal mentaliti masyarakat! Hari ni kita beralih pula ke topik yang lebih serius iaitu “MENTALITI MASYARAKAT tentang KOMIK”.
Apabila bercakap tentang mentaliti atau pemikiran masyarakat, sebenarnya, agak sukar untuk mengubahnya. Boleh kata ia ibarat buluh. Semakin tua, semakin tegar. Masyarakat muda dan masyarakat dewasa; kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Ada sesetengah perkara, golongan dewasa lebih mudah menerima berbanding golongan muda. Ada sesetengah perkara yang lain pula, golongan muda lebih mudah menerima.
Mari berbicara mengenai suatu situasi di mana golongan dewasa sukar untuk menerima sesuatu yang golongan muda inginkan. Apabila sesuatu perkara baharu (yang betul-betul baharu tiada yang lain selain baharu) yang baik hendak dibuat atau dilaksanakan, golongan muda yang lebih terbuka dan fleksibel akan dapat menerimanya. Golongan dewasa pula, sebaliknya. Mungkin perkara tersebut masih lagi asing pada pandangan mereka atau dianggap sesuatu yang pelik. Kita membesar di dalam zaman yang berbeza. Saya faham hakikat itu. Setiap orang ada pendapatnya yang tersendiri. Itu pun saya faham juga. Isu ini saya fokuskan kepada perihal KOMIK misalnya.
Saya harap ayah saya begini..hehe |

Saya bukanlah seorang pakar dalam bidang komik ini. Peminat mungkin ya. Komik bukanlah isu kontroversi negara terkini, akan tetapi, semua orang tahu akan kehadirannya. Majoriti fikir bahawa komik ni tak berharga, lepas baca boleh buang. Sesetengah pula fikir komik ni buat seronok-seronok sahaja, kumpul berpuluh rak, jadi koleksi sampai ke tua. Akan tetapi, hanya segelintir sahaja yang fikir bahawa komik ni bermakna. “Bermakna” maksud saya di sini memberi manfaat kepada pembacanya. “Bermakna” juga bermaksud sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Saya akui, tidak banyak komik di Malaysia atau di dunia ini yang boleh memberi pedoman realiti hidup kepada pembacanya. Di sini saya puji usaha adik Afiq Salam Feeqry kerana berjaya menghasilkan komik “Misi 8A” (dan “Misi 10A” yang bakal keluar di pasaran). Pendapat peribadi saya menyatakan bahawa ini adalah salah satu komik yang bermakna. Yang boleh memberi impak kepada kehidupan realiti pembaca sasaran.

Komik boleh menjadi sesuatu yang begitu baik dan positif. Tapi kebanyakan golongan dewasa tak nampak hakikat itu. Padahal mereka inilah yang menjadi guru-guru di sekolah, pemimpin masyarakat, pensyarah universiti, pegawai-pegawai dan pelbagai lagi jawatan yang berada di peringkat atasan. Mereka inilah tunjang pemikiran negara sebenarnya. Pelaksana segala aktiviti yang memangkin kemajuan negara. Segelintir mereka ini masih lagi berada di takuk pemikiran lama, menyatakan bahawa : “Komik ni untuk budak-budak kecik je..” atau “Komik? Buat ape beli, bazir duit je” atau “Takde faedahnya baca komik ni!” . Inilah kata-kata yang biasa kita dengar. Apa salahnya kita buka minda kita. Gunakan medium kreatif untuk mencapai sesuatu yang baik. Komik sebuah medium kreatif.
Dunia sudah berubah. Arus komik di Malaysia pun sudah mula berubah. Daripada sesuatu cerita yang kosong kepada suatu cerita yang bermakna. Masyarakat? Nak tak nak, terpaksa berubah, Apa salahnya menerima sesuatu yang baik sebagai perubahan? Ubah mentaliti “Komik itu NEGATIF” kepada “Komik itu POSITIF”. Ataupun, kalau tak nak akuinya, bersifat neutral terhadap komik pun sudah cukup bagus. Dunia kini menuntut manusia menjadi lebih fleksibel terhadap sesuatu perkara. Komik sekarang pun boleh bersifat fleksibel juga. Komik sebagai pemberi motivasi. Komik sebagai penunjuk jalan. Komik sebagai pemberi ilmu pengetahuan.
Komik di Malaysia sudah mula menunjukkan sesuatu yang bermakna. Masyarakat muda sudah mula menerimanya. Sudah mula mengubah mentaliti mereka, komik kini bukanlah sekadar bacaan kosong semata-mata. Membaca komik: menimba pengetahuan sambil berseronok. Masyarakat dewasa bila lagi?

tira suka baca komik..hehe..
ReplyDeleteafza..jom join bloglist tira jom..
http://whackaholicatira.blogspot.com/2011/04/bloglist-1-jom-join-bloglist-atiera.html#comments
okay..boleh je^^tapi saya pun tak berapa pandai lagi. Tapi saya cuba buat ya!^^
ReplyDelete