Saturday 23 April 2011

Episod 8 : Cabaran 30 Minggu ! d(*o*)b

Kalaulah saya ada blog…
        Baru-baru ni (Baru tadi je..) saya merayau-rayau di blog rakan-rakan yang lain. Tiba-tiba saya nampak sesuatu yang sangat menarik. Nampak berkilauan di mata saya (*o*)~. Perkara tersebut adalah
“Cabaran 30 Hari Latihan Menulis” yang dianjurkan oleh www.100penulis.com. Nak join ke tak? Nak join ke tak? Nak join ke tak? Argh! Serabut fikir/(+_+)\.
        Aktiviti ini merupakan satu peluang dan landasan kepada para blogger sekalian terutamanya blogger-blogger yang baru untuk mengenengahkan penulisan mereka kepada umum. Tambahan pula, aktiviti ini sudah pasti amat sesuai sekali disertai oleh blogger-blogger lama yang mulai kekurangan idea dalam bidang penulisan ini. Kalau anda join, sudah pasti entri yang anda hasilkan akan dapat menambahkan lagi bilangan entri yang terdapat dalam blog anda! Bagus bukan?
        Sambil-sambil menulis untuk cabaran ni, sambil-sambil tu bolehlah memeriahkan lagi blog anda. Cabaran ini berlangsung selama 30 minggu. 1 bulan bersamaan dengan 4 minggu. 30 minggu bahagi 4 minggu? Jawapannya adalah 7 bulan 2 minggu! Selama itulah cabaran ini berlangsung. Nak tahu lebih lanjut, kliklah link di bawah k! Selamat menulis (^__^)~

0 comments:

Post a Comment

Click Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...