Kalaulah saya ada blog…
Assalamualaikum & salam Jumaat semua (^_^)~. Biasanya, kalau berada di tempat yang baharu & berkenalan dengan orang-orang yang baru, mereka akan mula memperkenalkan diri. Bercakap tentang nama,
umur, jantina, asal mana dan sebagainya. Tarikh lahir pun tidak terkecuali sekali. Kalau boleh, semua nak diceritakan, kat mana lahir, hospital mana, siapa doktor waktu tu, macam mana keluar dari perut si ibu dan sebagainya. Manusia memang begini. Selalu ingat masa lampau, tapi jarang mengingat masa depan. Selalu ingat saat lahir, tapi jarang nak mengingat saat mati. Hari ni saya nak bercakap tentang cara kematian yang saya idamkan.
Saya sedar bahawa saya ini hamba-Nya yang tidak terlepas daripada melakukan sebarang dosa. Saya hamba yang hina. Serius, saya hamba yang hina. Dan saya harap suatu hari nanti Allah SWT akan kurniakan hidayah & kekuatan kepada saya untuk berjuang di jalan-Nya walaupun perjuangan itu sebesar hama sahaja. Sungguh pun begitu, saya harap saya mati dalam keadaan yang beriman. Dalam keadaan ketika saya melakukan perkara yang baik-baik. Semua orang harapkan begitu bukan?
Jikalau pada waktu itu saya tengah khusyuk dalam solat, saya harap Allah SWT ambil nyawa saya pada waktu itu. Jikalau pada waktu itu saya sedang fokus belajar demi agama, keluarga dan negara, saya harap Allah SWT ambil nyawa saya pada waktu itu. Jikalau pada waktu itu saya sedang melaksanakan suruhan ibu bapa, saya harap Dia matikan saya sebagai seorang anak yang budiman. Jikalau pada waktu itu saya melukis untuk tujuan dakwah dan ilmu, saya harap dia matikan saya sebagai seorang pejuang. Saya ingin mati dengan cara yang baik. Anda pun begitu bukan?
Hanya Allah SWT yang tahu apa yang Dia rancangkan untuk kita semua. Kita semua ada peluang ini. Ingat lagi kisah pelacur & anjing yang kehausan? Allah SWT ampuni dosa pelacur tersebut dan tempatkan dia di dalam syurga kerana kebaikannya memberi air kepada anjing yang hampir mati kehausan. Semoga kita semua beroleh peluang seperti pelacur tersebut dan diberkati-Nya selalu sehinggalah nafas yang terakhir. Amin.
p/s : Peluang selalu datang. Kita je yang tak nak menghargainya.
semoga kita dimatikan dengan secara baik dan yg penting mati dlm Islam dan msih beriman kpd Allah...mudah-mudahan... :)
ReplyDeleteAmin..itulah yang kita semua nak,kan flow^^
ReplyDelete