Monday, 25 April 2011

Episod 11 : Melukis Itu Menyeronokkan ! \(^w^)/

Kalaulah saya ada blog…
         Nampak lukisan di bawah? Lukisan ini adalah dedikasi buat adik Loqman Hakim, junior di kolej kediaman saya sekarang. Disebabkan adik ni telah me’review’kan blog saya di laman blognya, maka, saya pun lukiskan watak ini untuknya! (dia pun dah request berkali-kali dah..huhu)(^_^)v. Maaflah kalau tak cantik k.
PEACE !!!
        Melukis adalah suatu perkara yang menyeronokkan. Betul tak? (cepat kata ‘Ya!’) hehe. Saya suka melukis (bukan hang dah cakap ke dalam entri Episod 1 : Saya & Lukisan yang hang ni suka melukis?). Karya saya tidaklah sehebat pelukis tanah air yang lain. (Pendek kata, memang karya saya tak hebat pun). Tapi, bila ditanya tentang keseronokan & kebaikan melukis ni kepada para pelukis, ada 1000 jawapan untuk persoalan tersebut. Tapi saya nyatakan sedikit je lah k :
1.      Pelukis akan rasa gembira bila ada yang menyukai karyanya. (Ni betul walaupun karya buruk!)
2.     Melukis boleh mewujudkan perasaan dihargai. (Betul..)
3.      Keyakinan diri pelukis bertambah. (Ye ker?)
4.      Melukis boleh mengisi masa lapang. (Ni memang betul. Masa sibuk pun terisi jugak.huhu)
5.      Melukis boleh meningkatkan kreativiti individu.(Mungkin..)
6.      Pelukis boleh meluahkan perasaan mereka melalui lukisan. (Kalau gembira, lukis bunga. Kalau marah, lukis gunung berapi..hoho)
7.     Dapat income bila menjadikan seni lukis sebagai kerjaya.(Segelintir je, tak semua..)
8.     Dalam melukis, boleh berdakwah.(Ini sudah pasti!)
9.     Populariti bertambah, peminat bertambah.(Tipu…)
10.    Seorang yang berjiwa seni ni boleh menjadi individu yang menarik! (Saya sokong!)

Warning : Below is “Syok Sendiri” content!>>>>>>>
        Bagi saya, yang paling utama sekali dalam melukis, saya rasa gembira bila ada yang gembira melihat lukisan saya. Saya suka bila ada yang menghargai karya yang tidak seberapa ni. Perasaan yang timbul pada waktu tersebut berbeza sekali daripada perasaan dapat no 1 dalam kelas. Berbeza sekali daripada perasaan ketika mendapat hadiah. Berbeza juga daripada perasaan bersuka ria bersama teman-teman. Mungkin perkataan yang paling tepat sekali menggambarkan perasaan ini adalah “PUAS”. Tapi macam tak tepat pula.. Haish, susah betul nak terangkan (=_=)”~.
        Kadang-kadang, karya saya ni buruk. Kadang-kadang, elok pula. Kadang-kadang, hebat. Macam pro pun ada (bile masa pulak karya hang hebat? dalam mimpi je lah..). Walaupun banyak pola yang tidak menentu terjadi ke atas saya dan karya saya, karya saya tetap karya saya. Karya anda tetap karya anda. Karya dia tetap karya dia dan tak ada yang mampu mengubah hakikat tersebut.
        Orang tua-tua kata setiap orang ada air tangannya yang tersendiri. Mungkin ada betulnya walaupun perkara ni tak diuji secara saintifik lagi (^_^)~hee..

9 comments:

  1. wah tomey...! bwarna warnieyyy

    ReplyDelete
  2. sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttttttt..terharuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...hu3..thnks kak!!!!!!

    ReplyDelete
  3. loqman, baguslh tharu..ape lagi,belanje la akak teh tarik..wawawa^^

    ReplyDelete
  4. nak jugak gambar saya dilukis...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Kalo lukis hang leman,paling senang sekali..klukis bulat2 mcm doremon je..siap!haha

    ReplyDelete
  6. cait............pic ak mcm wanye rooney...pakai bju merah no 10...hhuhuh

    ReplyDelete
  7. betul sgt stuju.. melukis untuk dakwah dan kepuasan,

    ReplyDelete
  8. Samil melukis,sambil tu bdakwah skit2^^

    ReplyDelete

Click Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...