Kalaulah saya ada blog…
Beberapa hari yang lepas, saya ada menyebut tentang komik bermakna bukan? Dah baca? Faham apa yang saya maksudkan dengan “Komik Bermakna”? Kalau masih kurang jelas, baca entri ni.
Cuba kawan-kawan sekalian senaraikan beberapa buah komik yang dapat memberi makna kepada
kehidupan peribadi kawan-kawan. Yang boleh memberi inspirasi dan panduan dalam hidup kawan-kawan. Ada tak? Dah senaraikan? Ada berapa semuanya? 10? Kecualikan komik Naruto, Bleach, One Piece dan yang sewaktu dengannya k! Komik-komik tersebut memang menarik (Saya pun minat sangat dengan komik-komik ni). Ada nilai-nilai murni yang terselit. Akan tetapi, kita tidak menggunakan ‘Kage Bunshin No Jutsu’ dalam kehidupan seharian. Tidak pula ada Shinigami yang sibuk bertarung di hadapan rumah kita. Mari kembali kepada cerita komik yang betul-betul menunjukkan realiti kehidupan. Di sini, saya nak tunjukkan beberapa buah komik bermakna yang saya kira amat sesuai sekali untuk rakan-rakan remaja di rumah, terutama sekali yang masih berada di bangku sekolah (^_^)v
MISI 8A yang BEST!! |
Komik bermakna yang pertama yang ingin saya reviewkan adalah komik MISI 8A!! Siapa pernah baca angkat tangan! Siapa yang pernah baca tu memang beruntung. Memang menarik & menyeronokkan (^_^). Yang paling penting sekali, memberi motivasi kepada para pembacanya.
Misi 8A dilukis oleh adik Afiq Salam Feeqry ketika adik ni berusia 15 tahun! Abangnya, Nazry Salam Feeqry bekerjasama padu (menjadi penulis) bersama-sama adiknya dalam menghasilkan komik ini. Kalau nak tahu, kedua-kedua orang kuat MISI 8A ini cemerlang PMR & SPM tau! (Walaupun dah terlambat, Afza nak ucapkan tahniah~~)
Insan Berkualiti. |
Komik MISI 8A ini mengisahkan dua sahabat yang berusaha mengejar kejayaan cemerlang dalam PMR. Kombinasi si Aizad yang tidak minat untuk belajar dengan Zahid yang cemerlang sememangnya merupakan sebuah kombinasi yang baik! Cerita dalam komik 8A ini berkisarkan perubahan personaliti seorang anak muda, daripada negatif kepada positif. Daripada seorang yang mengabaikan pelajaran kepada seorang yang berminat untuk belajar. Mungkin pada mulanya Aizad belajar untuk mendapatkan kembali semua permainan kegemarannya yang dirampas oleh ibunya, akan tetapi, persahabatan yang terjalin bersama-sama Zahid membuatkannya merasai keseronokan belajar. Dan dalam jangka masa yang singkat, Aizad mampu meraih kecemerlangan (dapat 8A tuu..) hasil daripada bimbingan Zahid.
Komik ini amat sesuai sekali dibaca oleh pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR. Sesuai juga dibaca oleh pelajar SPM. Pakcik-Makcik pun boleh baca sekali kalau nak (^__^) hee…
p/s : MISI 10A dah pun terbit di pasaran. Mungkin selepas ini saya akan review Misi 10 A pula. Tapi tunggu saya baca dulu ya !
wah menarik~~
ReplyDeleteteringin nak beli tp selalu x jumpa TT^TT
el, sekarang ni Komik-M dah banyak berada di pasaran. lagipun,dengar2 cerita,misi 8A dah dicetak semula..try cari kt kedai buku bdekatan mcm popular & mph bookstore,,dh ada rak Komik-M^^
ReplyDeletewah..! menarik2..~~
ReplyDeletenanti nak cari la kat Pesta Buku KL ujung minggu ni, insha-Allah.. hee..~~ XD
:: alwanPelangi.com ::
huhu~~ ^^ terima kasih atas info tersebut ^^
ReplyDeleteInsyaAllah saya akan cuba beli!! err..bukan cuba tp mesti beli!!!
Alfi : Kalau ade adik-adik sekolah menengah,elok sgt beli^^best~Kalau beli komik2 baharu adik ni lagi best~sy cdangkan aviasi fantasi ugak^^
ReplyDeleteel, yeah! sokong komik Malaysia^^hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Afza,
ReplyDeleteWah, terima kasih banyak kerana sudi promo komik kami !! ^_______^
Waalaikumsalam..
ReplyDeleteErr..ni Feeqry yang mana ni? Afiq or Nazry? hehe
Sama-sama, saya promote sebab saya suka!(^_^)
he is my friend.. nazry hehe mmg pelajar cemerlang
ReplyDeleteuhuy
ReplyDelete