Sunday 24 April 2011

Episod 9 : Kalaulah Saya Ada RM 100…| Cabaran Minggu Pertama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Seronoknya kalau ada duit !
        Orang pernah berkata, setiap ringgit tu adalah amat bermakna. Kalau takde RM 1 tu, RM 999 999 tu takkan jadi RM sejuta, betul tak? (^_^). Tapi hari ni, saya tak nak cerita pasal seringgit. Nak cerita pasal RM 100.
        Kalaulah saya menerima  RM 100 daripada pihak yang berbeza, cara dan tujuan saya membelanjakan wang tersebut juga berbeza. Saya amat pasti, semua orang mempunyai sumber kewangan yang berbeza-beza dan pelbagai.
        Sebagai seorang yang masih lagi bergelar pelajar, sumber kewangan saya adalah PTPTN (Majoriti pelajar IPT terima duit PTPTN bukan? hehe). KALAULAH SAYA ADA RM 100 dan wang tersebut adalah daripada PTPTN, biasanya saya gunakan wang tu untk keperluan hidup di universiti ni. Untuk belanja makan 10 hari, beli barangan dapur & bilik mandi, cetak tugasan dan sebagainya. Tapi sebenarnya, peratusan besar duit habis kerana makanan. Huhu.
Meoww~
        KALAULAH SAYA ADA RM 100 dan saya menerimanya daripada ibu bapa, perkara pertama yang saya akan buat dengan duit tersebut adalah simpan wang RM 100 tu dalam bank bersama-sama duit simpanan yang lain! (Ye ker? Macam tipu je. Duit simpanan pun  hang takde k~hoho). Ye lah, benda bernama “duit” ni kena simpan untuk masa hadapan. Kalau duit PTPTN habis, bolehlah duit ni buat cover kewangan masa hadapan. Maklumlah, belajar kat universiti ni besar belanjanya.
>>>Tapi, hujung semester, kalau ada baki, kita keluarkan, bawak pergi bershopping.hee..
        KALAULAH SAYA ADA RM 10o dan saya menerimanya daripada pakcik-makcik, biasanya saya menggunakan wang tersebut untuk beli barang-barang kehendak seperti baju & seluar. Boleh buat kenangan sambil pakai sampai lusuh (^o^) hoho. Kalaulah pakcik-makcik bagi wang RM 100 lagi kali ni, benda yang saya nak adalah KASUT NIKE keluaran terbaru! Kalau dalam poket sendiri ada RM50, bolehlah buat tambah duit RM100 tu. Tapi ada ke kasut NIKE RM150? Paling-paling pun RM300 paling murah. Tunggu ‘sale’ lah alamatnya… Aiyo, dah lama mengidam kasut ni, tapi tak dapat-dapat. Tapi, bagus juga kalau tak dapat kasut ni. Biasanya, benda yang kita dah dapat, kita jarang hargainya.
Wanted !
>>>(Amboi, nak beli kasut NIKE pulak. Habis, kasut Abibas, Pooma, Pawer & segala bagai dalam rak lagi tu apa cerita?)…err..(=____=)?
        KALAULAH SAYA ADA RM 100 dan saya dapat wang tersebut daripada ‘teman’, seboleh-bolehnya saya tak kan belanja. Sayang~~huu. Tapi kalau dah terpaksa, kena pakai jugak untuk keperluan seharian (T_T). Kalau ada rezeki, bayar balik duit tu.
Sweet couple~(*_*)~
>>>Tunggu si dia jadi suami kita, baru belanja duit die puas-puas, tak payah bayar balik kan, kan, kan? Hehe..
        KALAULAH SAYA ADA RM 100 dan seandainya saya mendapat wang tersebut daripada kawan-kawan (Manalah tahu kot-kot hadiah hari lahir dapat wang ke..), saya akan gunakan wang tersebut untuk belanja mereka! Kalau ada baki, baru saya simpan. Hm, RM 100 tu terlalu banyak untuk diberi secara suka-suka oleh sahabat. Mengapa saya berkata begitu? Kerana, nak jadi sahabat seseorang tu percuma saja. Tak perlu bayar-bayar. Yang penting, ikhlas… Betul tak? (^_^)
>>> Sekarang ni ramai yang tak ikhlas dalam persahabatan. huhu
        KALAULAH SAYA ADA RM 100 dan wang itu saya dapat daipada menang sebuah pertandingan, saya akan beli apa yang saya nak! Yang penting, benda tu kekal & tahan lama. Contohnya, handphone Nokia murah saya sekarang ni. Duit RM1oo yang saya dapat daripada pertandingan pidato HASIL tahun 2006 (dapat naib johan je) saya gunakan untuk beli handphone tersebut. Nokia 1110. Tahu tak? Murah je kan..RM115 je time tu,hew hew. Tapi tahan sampai sekarang~(Tak mampu nak beli yang memahal..) Mesti ada rakan-rakan yang kat luar sana yang beli perkara yang disukai dengan duit hadiah bukan? (^_^).
Not mine. Mine is cheaper.
       Sebenarnya, duit RM 100 ni jadi bernilai sekiranya kita beli sesuatu yang bermakna & memberi kebaikan kepada diri kita. Duit RM 100 ni boleh jadi tidak bernilai bila berfikir menggunakan nafsu ketika membeli barang. Kata ulama, yang paling besar di dunia ini adalah nafsu. Pesanan untuk diri sendiri & rakan-rakan : Jom jadi seorang yang bijak berbelanja!


KHAS UNTUK :

11 comments:

  1. comel la blog ni.

    afza, tempat submit link entri spatutnya kat bahagian topik berkaitan. tp dont worry, sy da tambah kat senarai peserta. next week kuar topik baru jgn silap lg k hehe ;p

    ReplyDelete
  2. Salam, 100penulis...ye ker salah? huhuhu..sorry la..baru lagi cebur blog ni.rabun IT sket..huu..thanks atas kerjasama^^

    ReplyDelete
  3. haha! Rm100 dalam sekelip mata ja bole habis huhu :p barang skang ni mahal! no offence =_='

    ReplyDelete
  4. betul tu hidayah^^duit sekarang macam angin,sekeap je dah melayang^^

    ReplyDelete
  5. rm100 utk belanja kawan-kawan yg telah byk tolong sy siapkan tugasan berkumpulan hari tu sampai kumpulan kami dapat markah penuh dan pensyarah puji slide presentation kami yg cantik lagi vouge de vass. baik tak saya? hehehe...

    "Kalau Saya Ada RM100, Saya Akan..." Monolog Tiga Lelaki.

    ReplyDelete
  6. banyaknya benda kamu nk beli dgn rm100 tu..hehehe

    ReplyDelete
  7. btol2.. sokong sangat bila kita menang something, dapat rm100, time tu lah untuk reward diri kita sebab kejayaan yang dimiliki.. hee

    sama2 kita buat cabaran ni k? don't give up! ^__^

    Jika RM100 diberi kepada aku | Cabaran Minggu 1

    ReplyDelete

Click Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...