Sunday 24 April 2011

Episod 10 : Muslim Manga? (^___^)\

Kalaulah saya ada blog…
        Anda tahu apa itu “Muslim Manga”? Pernah mendengar tentangnya? Berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut? Mari saya ceritakan sedikit mengenainya kepada kawan-kawan hari ni (Sebenarnya saya pun tak tahu sangat..huhu)(+_+)~
Karakter Manga Bertudung (Original by me!)
Suka tak?
        Sedar tak sedar, kita semua membesar dengan pelbagai bentuk visual yang datang daripada persekitaran. Salah satunya adalah sejenis mesin canggih yang dipanggil ‘televisyen’ atau TV (canggih ke?...). Sewaktu kecil dulu, hampir semua daripada kita suka menontonnya. Siri kartun yang disiarkan pada setiap hujung minggu sememangnya menjadi kegemaran. Anda kenal apa itu ‘Dragonball’? ‘Sailormoon’? ‘Doraemon’? Kenal kan? Kenal kan? (Tipulah kalau kata tak kenal…(=_=)”). Kalau nak tahu, inilah dia anime! Kebanyakan anime-anime yang dikeluarkan pada awal revolusi anime jepun datangnya daripada manga. Tahu apa itu ‘Manga’?
        Kalau nak tahu, manga tu adalah sejenis pokemon! Hee..Tapi saya tipu je (^O^)hoho.. Manga itu bukan Pokemon. Bukan juga buah mangga yang manis rasanya itu. Manga adalah sejenis majalah bergambar ataupun  lebih dikenali sebagai KOMIK! Jepun memang hebat kerana berjaya mewujudkan satu revolusi yang menggemparkan dunia. Hampir semua anak muda remaja daripada seluruh pelosok dunia terjebak dengan dunia anime & manga yang menyeronokkan dan penuh warna-warni! 
        Baiklah, sebelum saya mengarut dengan lebih panjang lebar, kita pendekkan cerita. Tidak semua remaja di dunia ini menerima bulat-bulat pengaruh yang datang daripada Asia Timur ini. Terdapat segelintir remaja yang menggunakan minat mereka terhadap anime & manga ini untuk tujuan yang lebih mulia iaitu DAKWAH ISLAMIYAH~
        Ya. Anda tak silap baca. Manga kini digunakan sebagai medan dakwah untuk menyebarkan ajaran Islam. Bagus bukan? Saya suka dan saya sokong aktiviti ini! Kemahiran melukis manga yang dipunyai oleh anak muda berbakat dimanfaatkan sepenuhnya. Simbol-simbol Islam, lukisan Muslimin & Muslimah diterapkan dalam lukisan mereka. Sungguhpun dari segi lukisan wajah, mata & stroke lukisan masih lagi ala-ala anime atau manga Jepun yang lain, akan tetapi, nilai-nilai Islam dimasukkan. Sebagai contoh, gadis comel yang memakai tudung. Lukisan lelaki sedang bersolat dan sebagainya. Anak muda kreatif ini juga membuat komik tentang kemurnian Islam. Dan diringkaskan lagi, inilah dia Muslim Manga! (^_^)v
        Kawan-kawan pernah dengar pasal Ana Muslim? Inilah salah satu contoh muslim manga di Malaysia (Di negara-negara lain saya kurang tahu pulak..). Di sini saya letakkan beberapa link yang berkaitan dengan Muslim Manga tu. Kalau nak cuba membaca komik berteraskan Islam yang menyeronokkan, jangan malu jangan segan. Klik saja pada link-link di bawah :
Mungkin dalam 10 tahun yang akan datang (atau 5 tahun lagi?!), wujud pula fenomena Muslim Anime. Wallahualam. Kita tunggu sajalah berita baik ini (^_^)/

2 comments:

  1. assalam...waaaahhh menarik laa.adam pun membersar dgn anime jepun.skrg pun masih bace manga jepun...haa nak beralih arah laa...hek3.Afza pun pandai lukih kan...bagusnya

    ReplyDelete
  2. wkumsalam^^samalah kita,masih bc komik Jepun lagi..hehe^^xde la pandai sgt lukis,skit2 bolehlah^^thanks~

    ReplyDelete

Click Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...