Tuesday 26 April 2011

Episod 12 : Nak Dapat PNGK 3.75 ke Atas? (*o*)~

Kalaulah saya ada blog…
        Hidup sebagai seorang manusia memang tidak pernah lepas daripada ujian. Allah SWT memberi ujian kepada hambanya dalam rupa bentuk yang pelbagai dalam usaha menguji sejauh mana kekuatan iman hambanya. 
Selamat Maju Jaya!
      Ujian daripada Allah SWT boleh datang dalam bentuk musibah. Ujian daripada Allah SWT juga boleh datang dalam bentuk kesenangan & nikmat. Peperiksaan juga merupakan satu bentuk ujian.
        Di sini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada seluruh siswa-siswi di Malaysia. Sekarang adalah minggu peperiksaan akhir bukan? Mujurlah semester ini saya tidak mengambil sebarang kursus yang mempunyai peperiksaan akhir (Jangan jeles k.hee). Walaupun tidak mengambil sebarang kertas pada minggu-minggu peperiksaan ini, saya ingin kongsikan beberapa tips dalam belajar menjelang peperiksaan yang saya sendiri amalkan:
        Waktu study time ni tak kisahlah sebulan sebelum exam, seminggu sebelum exam mahupun sehari sebelum exam! Tapi, biasanya saya study 2-3 hari sebelum exam (hehe, kantoi, belajar last minute).
        Bila nampak buku setebal Kamus Dewan Edisi Keempat (tu baru satu, cuba darab dengan 5-6 buah buku lagi? Huu..), dalam hati mula terdetik-‘Mampu ke aku nak habiskan semua bab dalam buku ni?’. Mula-mula study, okay lagi. Boleh selak satu-satu muka surat. Baca ayat demi ayat. Lepas 30 minit, mulai resah gelisah. Betul tak? (^_^)
        Masa itulah baru pening kepala memikirkan nasib badan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah JANGAN PANIK! Kerana bila anda panik, anda akan merasa serabut. Bila anda serabut, anda tensión. Bila tensión, anda akan rasa putus asa nak belajar bukan? Jadi, anda perlu bertenang seketika. Tutup buku. Keluar hirup udara segar sebentar.
        Dalam 10 -30 minit, anda duduk di meja belajar semula. Mula fikir tentang tajuk-tajuk penting yang dirasakan bakal keluar. Buat senarai tajuk tersebut. Kalau anda sudah senaraikan perkara-perkara yang perlu dipelajari, bererti anda telah membahagi buku rujukan (yang diibaratkan seperti Kamus Dewan tadi) kepada dua bahagian! Dah ada diskaun 50% di situ bukan? (^0^) hoho.
        Dah siap senaraikan? Bagus. Sekarang buka topik yang anda hendak ulang kaji. Jangan baca satu demi satu ayat yang terdapat dalam buku tersebut. Yang perlu anda lakukan adalah dapatkan gambaran keseluruhan tentang topik tersebut (Kalau ada isi kandungan, tengok apa yang terkandung dalam topik tersebut k). Buat PETA MINDA kasar dahulu. Dah catat tajuk-tajuk umum? Kemudian, ingat & fahamkan gambaran keseluruhan bagi sesebuah tajuk itu. Bila anda dah tahu selok-belok bagi tajuk tu, tak lah pening sangat kan?
        Okay, kemudian barulah anda catatkan nota-nota khusus di bawah tajuk-tajuk umum tadi. PERHATIAN : Jangan salin bulat-bulat segala maklumat yang terdapat dalam buku tu. Ambil yang penting sahaja. Kalau boleh, ambik konsep & fakta penting sahaja. Kadang-kadang, yang banyak dalam buku ni adalah ayat-ayat yang boleh kita fikir sendiri. Kalau anda faham konsep dan tahu fakta, insya-Allah, bolehlah anda jawab soalan nanti dengan AYAT SENDIRI dan bukannya ayat buku! Kalau boleh, peta minda tu biarlah yang berwarna-warni (Bosan pulak kalau hitam putih je..). Bila dah faham satu topik tu, barulah boleh beralih ke topik yang lain pula. Slow & steady k. Don't rush! Rushing into something wouldn’t give any merit to you & your study. Biar tahu berjuta perkara umum daripada mengetahui satu perkara khusus. Biar tahu sedikit daripada tak tahu langsung.
        Sewaktu menjawab soalan, buat rangka jawapan guna peta minda k. Conteng je kertas soalan tu, pengawas peperiksaan tak marah punya. Kalau dia marah, kata kat dia,”Saya dah bayar yuran pengajian. Ini hak saya!” hehe..
        Satu lagi perkara penting, banyakan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kejayaan dunia & akhirat. InsyaAllah, niat yang baik akan disertai dengan rezeki yang baik. (^_^)v
        Saya seorang yang banyak menggunakan peta minda ketika belajar. Alhamdullillah, setakat ni cara belajar begini adalah yang paling berkesan bagi saya. Result pun alhamdulillah. Setiap orang ada cara belajar yang tersendiri. Saya hanya nak kongsikan benda baik bersama rakan-rakan sekalian.
        Semoga apa yang dipelajari sepanjang semester ini akan dapat ‘melekat’ dalam minda siswa-siswi sekalian dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Jawab elok-elok ya. Kalau tak tahu jawapan, hentam je~ (Itu satu lagi prinsip saya, hehe).

2 comments:

  1. memang orang kata jangan belajar last minute. tp bagi saya terlalu banyak menda yang nak kena belajar dan masa terhad. haha, ye ke terhad. huhu. alasan je tu, sbb saya pun slalu gak stadi last minute.

    ReplyDelete
  2. Kita satu geng~geng blajar last minit.heheheh

    ReplyDelete

Click Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...