Thursday 21 April 2011

Episod 5 : Join Bloglist Atiera! \(^o^)/

Kalaulah saya ada blog…
        Saya nak sertai Bloglist Atiera! Aktiviti yang Cik Atiera buat ni adalah aktiviti sosial pertama saya di laman blog ini (Yay!). Apapun, terima kasih kepadanya kerana sudi menjemput saya untuk menyertai aktiviti
ini. Berikut adalah link mengenai kempen bloglist Cik Atiera ni ;

Pendapat saya tentang blog Cik Atiera :
        Untuk blogger yang saya baru kenal kurang daripada 12 jam ini, saya akan cuba untuk bagi pandangan yang berhemah & positif k! (^_^)
Dari segi entri, saya paling suka objektif yang Cik Atiera ingin capai dalam aktiviti ini- memberi manfaat kepada diri sendiri dan blogger lain. Tahniah saya ucapkan. Saya sukakan layout/wallpaper yang Cik Atiera gunakan (kelihatan ayu), kedudukan senarai follower pun saya kira memang sangat-sangat relevan diletakkan di situ (sebab memudahkan blogger lain nak follow). 
        Sewaktu saya membuka blog Cik Atiera, cepat je page nya muncul. Saya kurang gemar membuka sebuah blog yang terlalu berat & kaya dengan widget-widget yang melambatkan blog tersebut untuk loading. Biodata dan menu bar  juga  berada di tempat yang sesuai. Mudah saya nak tahu perkara-perkara lain mengenai Cik Atiera. Cuma, saya kurang berkenan dengan kedudukan iklan-iklan. Kalau boleh, Cik Atiera letaklah iklan-iklan tersebut di bahagian bawah blog k. 
        Jenis & saiz tulisan yang digunakan mudah dibaca & berwarna-warni. Saya cadangkan supaya Cik lebarkan sedikit saiz ruangan post supaya blog tidak nampak terlalu sempit. Saya juga sangat tertarik dengan link-link geng bloggers yang Cik Atiera sertakan, mudahlah saya nak cari geng lepas ni! (^_^)v.
          Sesi memberi pandangan dah selesai, sekarang saya cadangkan Cik Atiera & kawan-kawan melawat tiga buah blog tersebut. Selamat melawat :

        Saya doakan semoga objektif-objektif Cik Atiera tercapai. Selamat maju jaya! \(^__^)/      



2 comments:

  1. trimas sebeb join n bg pendapat k.
    heehe.. 2 pun aktiviti sosial pertama yg tira anjur..hukhuk..ada rezeki insyaAllah nk wat contest pulak..

    ReplyDelete
  2. Silakan buat. kalau ada kesempatan saya join^^! trimas sbb sudi melawat^^

    ReplyDelete

Click Here!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...